selamat datang ke maklumat angkasa kiple .

salam sejahtera dan salam satu malaysia saya ucapkan kepada para pembaca , anda boleh mencari segala maklumat dan anda juga blh mengetahui bila berlakunya gerhana bulan atau pun matahari. anda boleh mengemukakan soalan motivasi,lingusitk yang hebat,dan pelbagai lagi dan sila ke dilaman mukabuku (facebook)saya kipleyusri. selamat menjalani kebahgian dalam kehidupan anda ingat kita hidup untuk melihat kebenaran dan bukanya kejahilan.

Kerjasama mesti itu perlu

tahukan manusia tidak akan berjaya jika tiada kerjasama antara sesama manusia,misalnya dalam membuat rumh ,org A tidak mahu pertolongan dari orng lain dia hanya mahu seorang diri untuk membuat rumah itu,atau
abang and amat kedekut dengan duit ,apabila mak ayah suruh memotong kelapa sawit ,abang suka membuat sesorang kerana dia hanya mahu duit itu seorang diri dia sahaya,

  • cuba baca petikan dibawah ini;
planet tidak akan terbentuk jika tiada kerjasama antara zarah2 batu2 dan wap air.membentuk bumi,dan bumi tidak akan cantik jika tiada kerjasama antara kehidupan disekelilingnya,pokok tak tumbuh jika tiada kerjasam antara air , tanah dan cahaya matahari begitu juga manusia .manusia tidakn akan benjaya jika tiada kerja sama antara mereka.

walaupun kita pakar sains ,matematik ,fizik ,biologi dan sebagainya ingat kerja amat penting ,

dan jangan sesekali bermegah dengan ilmu anda ,misalnya;ehhh aku ni pakar fizik,bio ,mat ,ko tu ape ade.

tuhan tidak akan memberi sebarang petunjuk kepada sesiapa yang bermegahkan ilmunya.

Mengelakkan fitnah dan Menghadapi fitnah orang.

  • Tahukah manusia dicipta bukan melihat kejahilan .
  • jadi antara tip-tip untuk menghadapi fitnah orang ,

  1. apabila kawan mengata anda bodoh ,pekara petama yang anda perlu lakukan ialah bersabar dan jangan cuba membalas.
  2. apabila ada orang mencaci anda dengan ayat yang begitu sensitif,perkara petama anda pun perlu bersabar dan jangan membalas ,ini kerana mengikut islam ,jika seseorang itu mencaci orng lain makan orng itu akan dapat pahala kemukian orng yng mencaci ti akan dapat dosa.
  3. setelah anda mendegar semua kutukan orang ,anda sudh bersabar tetapi ,anda masih sensitif iaitu rasa marah ada lagi atau pun ia masih tersimpan di hati,jadi bagai mana ingin mengelakkanya/
  4. pertama anda perlu menpunyai buku yang tidak begitu cantik dan tidak begitu tebal.hanya sederhana ,buku latihan sekolh lama pun bolh digunakan,
  5. kemudian anda catatkan kemarahan anda,perasaan anda didalam buku itu,dan tidak kisah lah masalah anda pun boleh dicatat,
  6. tahukan anda bahawa hati dan otak amat berbeza,
  7. Hati;hati hanya mampu menghasilkan perasaan dan boleh bercakap ,misalnya ;anda bercakap didalam hati anda.
  8. Otak.;otak tidak boleh bercakap ia hanya akan meminjam suara dihati untk bercakap memberikan sesuatu jawapan,otak adalh satu sistem yang amat komplex,ia mampu mencari jawapan dan penyelesainya dengan baik ,jika anda mahir dalam berfikir,
  9. setelah anda menulis anda cubalah bercakap didalam hati anda kemudian berfikirlah secara semulajadi anda akan mendapat jawapannya.

pengenalan planet.

1. perkembangan dalam astronomi bererti Matahari dan Bulan bukan lagi planet, dan penambahan ahli-ahli baru dalam sistem suria. Walaupun "planet" sebelum ini dianggap sebagai objek besar yang mengelilingi Matahari (atau, kemudiannya mana-mana bintang), tidak terdapat takrifan planet secara saintifik.
2,  Sejak penerimaan model heliosentrik di atas model geosentrik, bilangan planet dalam sistem suria sentiasa berubah, bergantung kepada budaya dan ijmak saintifik:ebanyakan nama planet di dunia Barat dinamakan bersempena tuhan Yunani-Rom.
3, Ini kerana di Eropah, planet-planet tersebut dinamakan oleh orang Greek. Nama "planet" itu sendiri berasal dari bahasa Greek p?a??t??, planetes, yang bererti kelana atau pengembara, kerana ahli astronomi dahulu melihat cahaya bergerak di angkasa berbanding bintang-bintang. Objek-objek ini dipercayai mengorbit Bumi, yang difikirkan pegun.
4, Namun disebabkan oleh pengaruh Empayar Rom, dan kemudian Gereja Katolik, kebanyakan planet dikenali dengan nama Rom (atau Latin), dan bukan nama Greek asal (kecuali di Greece).
5,Orang Rom merupakan orang Indo-Eropah, sama seperti orang Greek, namun tidak memiliki budaya puisi seperti orang Greek. Semasa akhir zaman Republik Rom, penulis-penulis Rom meminjam banyak kisah Greek dan menerapkannya pada dewata mereka, sehinggalah ia tidak dapat dibezakan lagi.
6.Apabila orang Rom mempelajari astronomi Greek, mereka menggunakan nama dewa Rom. Pada masa itu, terdapat tujuh 'planet' yang diketahui mengorbit Bumi: Bulan (Luna oleh Rom, Selene oleh Greek), Mercury (Hermes), Venus (Aphrodite), Matahari (Sol oleh Rom, Helios oleh Greek), Mars (Ares), Jupiter (Zeus) dan Saturn (Kronos). Apabila planet lain ditemui pada abad ke-18 dan 19, kebiasaan ini dikekalkan: Uranus (Ouranos) dan Neptun (Poseidon). Begitu juga dengan (bekas planet) Pluto.
7. Kerana Bumi hanya diterima sebagai planet pada abad ke-17, ia tidak dinamakan bersempena mana-mana dewa khusus. Namun kebanyakan Romawi (termasuk Perancis, Itali, Sepanyol dan Portugis) yang berasal dari Latin, mengekalkan nama Rom lama Terra ataupun kelainannya; orang Greek sekali lagi menggunakan nama asal mereka, G? {Ge atau Yi; diambil dari Gaia).
 8.Rumpun bahasa Jermanik (termasuk Inggeris dan Jerman) pula menggunakan kelainan perkataan Germanik kuno ertho, "tanah," seperti Earth, Erde, Aarde dan Jorde.
 9.Bahasa-bahasa lain pula menggunakan nama mereka sendiri. Bahasa Melayu yang termasuk dalam bahasa Sundik contohnya, menggunakan "Bumi", diambil dari tuhan Hindu "Bhumidevi" atau "Bhumi" (bererti tanah). 10.Matahari dan bulan juga dinamakan seperti ini.
Sesetengah budaya bukan Eropah mempunyai sistem nama planet mereka sendiri. China dan negara-negara di timur Asia seperti Jepun, Korea dan Vietnam, menggunakan sistem yang berdasarkan lima unsur Cina . 11.Begitu juga dengan bahasa Melayu, nama lima planet asal Utarid, Zuhrah, Marikh, Musytari dan Zuhal mempunyai pengaruh Arab.


12. Mengikut takrifan IAU, terdapat lapan planet dalam sistem suria. Planet-planet tersebut serta jarak puratanya dari Matahari adalah seperti berikut (simbol astronomi dalam kurungan):-
Utarid      tiada satelit,                                             57.9     juta km
Zuhrah     tiada satelit,                                          108.2     juta km
Bumi           satu satelit semula jadi, Bulan,         149.6     juta km
Marikh      dua satelit, Phobos dan Deimos            227.9     juta km
Musytari      enam puluh tiga satelit,                      778.3     juta km
Zuhal      lima puluh enam satelit,                            1,427.0     juta km
Uranus     dua puluh tujuh satelit,                                2,871.0     juta km
Neptun     tiga belas satelit,                                          4,497.0     juta km

bulan.

Bulan merujuk kepada satu atau lebih jisim yang beredar mengelilingi sebuah planet yang bersaiz lebih besar, dan mereka pula bergerak mengedari bintang. Bulan yang beredar mengelilingi bumi hanya bersaiz satu per empat daripada bumi dan beredar mengelilingi bumi setiap 27.3 hari, pada jarak purata 384,400 kilometer di bawah tarikan graviti bumi.
Bulan tidak mempunyai sumber cahaya dan cahaya bulan sebenarnya berasal daripada pantulan cahaya matahari. Bulan mempunyai 1/4 garispusat bumi bersamaan 3,476 kilometer dengan kekuatan graviti hanya 0.16 = (1/6) graviti bumi. Bulan dipercayai berasal daripada asteroid bersaiz Marikh yang menghentam bumi lalu berkecai. Teras asteroid itu terus menghentam bumi, tetapi lapisan luar asteroid terpelanting dan terperangkap dalam orbit mengelilingi bumi lalu membentuk bulan.
Ini berdasarkan isipadu bulan yang terlalu ringan berbanding isipadu bumi, iaitu hanya 0.012 berbanding jisim bumi. Di bulan tidak terdapat udara ataupun air, hanya banyak kawah yang terhasil di permukaan bulan disebabkan oleh hentaman komet. Ketiadaan udara dan air di bulan menyebabkan hakisan tidak berlaku dan ada di antara kawah di bulan yang berusia berjuta tahun dahulu dan masih utuh. Di antara kawah terbesar di bulan adalah Clavius bergaris pusat 230 kilometer dan sedalam 3.6 kilometer. Ketiadaan udara juga menyebabkan tiada bunyi kedengaran di bulan.

Bumi


Bumi adalah planet yg ketiga dari Matahari, jaraknya 150 juta km. Bumi mengambil masa selama 365.256 hari mengelilingi Matahari dan 23.9345 jam untuknya melengkapkan putarannya sendiri. Bumi berukurlilit sejauh 12,756 km, hanya beberapa ratus km lebih drpd planet Zuhrah. Ruang udara kita mengandungi 78% nitrogen, 21% oksigen dan 1% lain-lain unsur.

Bumi adalah satu-satunya planet di sistem suria kita mengandungi kehidupan. Putaran planet yang pantas dan cairan teras besi nickel memberi kuasa magnet yg hebat, bersama-sama ruang udara, menapis hampir kesemua sinaran radioaktif yg datang dari Matahari dan bintang-bintang lain. Ruang udara Bumi juga melindungi kita drpd tahi bintang, yg mana hampir kesemua terbakar sebelum sampai ke permukaan Bumi.

Bumi mempunyai lapisan udara dan medan magnet yang dipanggil magnetosfera yang melindung permukaan Bumi daripada angin suria, sinaran ultra merbahaya, dan radiasi dari angkasa lepas. Lapisan udara ini menyelitupi bumi sehingga ketinggian 700 kilometer dan yang selebihnya dianggap angkasa lepas. Lapisan udara ini dibahagi kepada Troposfera, Stratosfera, Mesosfera, Termosfera, dan Eksosfera.

Lapisan ozon, setinggi 50 kilometer, wujud di lapisan Stratosfera dan Mesosfera dan melindungi bumi daripada sinaran ultra-lembayung. Perbezaan suhu permukaan Bumi adalah di antara -70°C sehingga 55°C bergantung kepada iklim tempatan. Sehari di Bumi bersamaan 24 jam dan setahun di bumi bersamaan 365.25 hari. Bumi mempunyai jisim seberat 59,760 juta juta tan, dengan luas permukaan 510 juta km persegi. Ketumpatan Bumi pada 5,500 kilogram setiap meter persegi digunakan sebagai unit perbandingan ketumpatan berbanding planet yang lain, dengan ketumpatan Bumi sebagai 1.

Bumi mempunyai garis pusat sepanjang 12,756 kilometer. Graviti Bumi diukur sebagai 10 N kg-1 dijadikan unit ukuran graviti planet lain, dengan graviti Bumi sebagai 1. Bumi mempunyai 1 satelit asli iaitu bulan. 70.8% permukaan bumi diseliputi air. Udara Bumi terdiri daripada 78% nitrogen, 21% oksigen, dan 1% wap air, karbon dioksida, dan gas lain. Bumi dianggarkan mempunyai teras dalam bumi yang terdiri daripada besi nikel beku setebal 1,370 kilometer dengan suhu mencecah 4,500°C, diselitupi pula oleh teras luar yang cair setebal 2,100 kilometer, diselitupi pula oleh mantle silika padu setebal 2,800 kilometer membentuk 83% isipadu bumi, dan akhir sekali diselitupi oleh kerak batu silika hampir 100 kilometer tebal.

Kerak bumi lebih nipis di dasar laut iaitu sekitar 5 kilometer. Kerak bumi terbahagi kepada beberapa bahagian dan bergerak melalui pergerakan plat tektonik (teori hanyutan benua) menghasilkan gempa bumi. Puncak tertinggi adalah gunung Everest setinggi 8,848 meter, dan lautan terdalam mencecah 10,924 m. Tasik tertinggi adalah tasik Titicaca, dan tasik terbesar adalah Laut Caspian. Lautan terbesar ialah Lautan Pasifik. Lebih 2/3 kawasan Bumi dilitupi oleh air dan 12% daripada kawasan Bumi merupakan padang pasir.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Matahari merupakan bintang terdekat dengan Bumi dengan jarak purata 149,680,000 kilometer (93,026,724 batu). Matahari dan lapan buah planet membentuk Sistem Suria. Matahari mempunyai diameter 1,391,980 kilometer dengan suhu permukaan 5,500 °C dan suhu teras 15 juta °C. Matahari dikelaskan sebagai bintang kerdil jenis G. Cahaya daripada matahari memakan masa 8 minit untuk sampai ke Bumi dan cahaya yang terang ini boleh mengakibatkan sesiapa yang memandang terus kepada matahari, menjadi buta.
Matahari merupakan satu bebola plasma dengan jisim sekitar 2 x 1030 kg. Untuk terus bersinar, matahari, yang terdiri daripada gas panas menukar unsur hidrogen kepada helium melalui tindak balas gabungan nuklear pada kadar 600 juta tan, dengan itu kehilangan empat juta tan jisim setiap saat. Matahari dipercayai terbentuk pada 5,000 juta tahun lalu. Kepadatan jisim matahari adalah 1.41 berbanding jisim air. Jumlah tenaga matahari yang sampai ke permukaan bumi dikenali sebagai pemalar suria menyamai 1.37 kilowatt semeter persegi setiap saat.


Gambar sinar-X matahari
Matahari berputar 25.04 hari bumi setiap putaran dan mempunyai graviti 27.9 kali graviti bumi. Terdapat julangan gas teramat panas yang boleh mencecah sehingga 100,000 kilometer ke angkasa. Marakan matahari ini boleh mengganggu gelombang komunikasi seperti radio, televisyen dan radar di bumi dan mampu merosakkan satelit atau stesen angkasa yang tidak dilindung. Matahari juga menghasilkan gelombang radio, gelombang ultraungu, sinar inframerah, sinar-X, dan angin suria yang merebak ke seluruh Sistem Suria.
Bumi dilindungi daripada angin suria oleh medan magnet bumi, sementara lapisan ozon pula melindungi bumi daripada sinaran ultraungu dan inframerah. Terdapat tompokan hitam yang wujud dari masa ke semasa pada matahari yang disebabkan oleh perbezaan suhu di permukaan matahari. Tompokan hitam itu menandakan kawasan yang kurang panas berbanding kawasan lain dan mencecah keluasan melebihi saiz bumi. Kadang-kala peredaran bulan mengelilingi bumi menghalang sinaran matahari daripada sampai ke bumi, oleh itu mengakibatkan kejadian gerhana matahari berlaku.