selamat datang ke maklumat angkasa kiple .

salam sejahtera dan salam satu malaysia saya ucapkan kepada para pembaca , anda boleh mencari segala maklumat dan anda juga blh mengetahui bila berlakunya gerhana bulan atau pun matahari. anda boleh mengemukakan soalan motivasi,lingusitk yang hebat,dan pelbagai lagi dan sila ke dilaman mukabuku (facebook)saya kipleyusri. selamat menjalani kebahgian dalam kehidupan anda ingat kita hidup untuk melihat kebenaran dan bukanya kejahilan.

pengenalan planet.

1. perkembangan dalam astronomi bererti Matahari dan Bulan bukan lagi planet, dan penambahan ahli-ahli baru dalam sistem suria. Walaupun "planet" sebelum ini dianggap sebagai objek besar yang mengelilingi Matahari (atau, kemudiannya mana-mana bintang), tidak terdapat takrifan planet secara saintifik.
2,  Sejak penerimaan model heliosentrik di atas model geosentrik, bilangan planet dalam sistem suria sentiasa berubah, bergantung kepada budaya dan ijmak saintifik:ebanyakan nama planet di dunia Barat dinamakan bersempena tuhan Yunani-Rom.
3, Ini kerana di Eropah, planet-planet tersebut dinamakan oleh orang Greek. Nama "planet" itu sendiri berasal dari bahasa Greek p?a??t??, planetes, yang bererti kelana atau pengembara, kerana ahli astronomi dahulu melihat cahaya bergerak di angkasa berbanding bintang-bintang. Objek-objek ini dipercayai mengorbit Bumi, yang difikirkan pegun.
4, Namun disebabkan oleh pengaruh Empayar Rom, dan kemudian Gereja Katolik, kebanyakan planet dikenali dengan nama Rom (atau Latin), dan bukan nama Greek asal (kecuali di Greece).
5,Orang Rom merupakan orang Indo-Eropah, sama seperti orang Greek, namun tidak memiliki budaya puisi seperti orang Greek. Semasa akhir zaman Republik Rom, penulis-penulis Rom meminjam banyak kisah Greek dan menerapkannya pada dewata mereka, sehinggalah ia tidak dapat dibezakan lagi.
6.Apabila orang Rom mempelajari astronomi Greek, mereka menggunakan nama dewa Rom. Pada masa itu, terdapat tujuh 'planet' yang diketahui mengorbit Bumi: Bulan (Luna oleh Rom, Selene oleh Greek), Mercury (Hermes), Venus (Aphrodite), Matahari (Sol oleh Rom, Helios oleh Greek), Mars (Ares), Jupiter (Zeus) dan Saturn (Kronos). Apabila planet lain ditemui pada abad ke-18 dan 19, kebiasaan ini dikekalkan: Uranus (Ouranos) dan Neptun (Poseidon). Begitu juga dengan (bekas planet) Pluto.
7. Kerana Bumi hanya diterima sebagai planet pada abad ke-17, ia tidak dinamakan bersempena mana-mana dewa khusus. Namun kebanyakan Romawi (termasuk Perancis, Itali, Sepanyol dan Portugis) yang berasal dari Latin, mengekalkan nama Rom lama Terra ataupun kelainannya; orang Greek sekali lagi menggunakan nama asal mereka, G? {Ge atau Yi; diambil dari Gaia).
 8.Rumpun bahasa Jermanik (termasuk Inggeris dan Jerman) pula menggunakan kelainan perkataan Germanik kuno ertho, "tanah," seperti Earth, Erde, Aarde dan Jorde.
 9.Bahasa-bahasa lain pula menggunakan nama mereka sendiri. Bahasa Melayu yang termasuk dalam bahasa Sundik contohnya, menggunakan "Bumi", diambil dari tuhan Hindu "Bhumidevi" atau "Bhumi" (bererti tanah). 10.Matahari dan bulan juga dinamakan seperti ini.
Sesetengah budaya bukan Eropah mempunyai sistem nama planet mereka sendiri. China dan negara-negara di timur Asia seperti Jepun, Korea dan Vietnam, menggunakan sistem yang berdasarkan lima unsur Cina . 11.Begitu juga dengan bahasa Melayu, nama lima planet asal Utarid, Zuhrah, Marikh, Musytari dan Zuhal mempunyai pengaruh Arab.


12. Mengikut takrifan IAU, terdapat lapan planet dalam sistem suria. Planet-planet tersebut serta jarak puratanya dari Matahari adalah seperti berikut (simbol astronomi dalam kurungan):-
Utarid      tiada satelit,                                             57.9     juta km
Zuhrah     tiada satelit,                                          108.2     juta km
Bumi           satu satelit semula jadi, Bulan,         149.6     juta km
Marikh      dua satelit, Phobos dan Deimos            227.9     juta km
Musytari      enam puluh tiga satelit,                      778.3     juta km
Zuhal      lima puluh enam satelit,                            1,427.0     juta km
Uranus     dua puluh tujuh satelit,                                2,871.0     juta km
Neptun     tiga belas satelit,                                          4,497.0     juta km

Tiada ulasan:

Catat Ulasan